Perumahan Mampu Milik Berjiwa Rakyat

Perumahan mampu milik berjiwa rakyat

Persekitaran hidup yang mesra dan muhibah serta kehijauan yang terpelihara menjamin kualiti hidup yang selesa dan bahagia.

Menghubungkan antara Georgetown dan Seberang Perai

Keperluan pengangkutan yang lengkap di antara Georgetown dan bandar-bandar utama yang lain di Seberang Perai telah menempatkan Butterworth di kedudukan yang strategik. Hab Pengangkutan Penang Sentral menyediakan pengangkutan yang selesa melalui infrastruktur pengangkutan modennya termasuk peningkatan perkhidmatan feri, bas ekspress serta yang terbaru perkhidmatan Electric Train Service (ETS). Butterworth sekali lagi memainkan peranan utamanya dalam jaringan pengangkutan utama negara.