1. | Bagaimanakah boleh saya membuat permohonan? Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang PN1 di Kaunter Perumahan, Tingkat 3, Komtar. |
2. | Bagaimanakah boleh saya ketahui sama ada permohonan saya berjaya? Semua pemohon yang berjaya akan dihubungi Bahagian Perumahan dan pihak pemaju secara bersurat. |
3. | Apakah jenis hak milik tanah rumah ini? Hartanah ini adalah jenis hak milik pajakan 99 tahun. |
4. | Berapakah harga yang ditetapkan untuk rumah Kos Sederhana Rendah dan Kos Sederhana? Harga seunit rumah Kos Sederhana Rendah adalah RM72,500.00 manakala harga rumah Kos Sederhana adalah RM200,000.00 dan RM250,000.00. |
5. | Apakah prosedur yang terlibat sekiranya permohonan saya berjaya? Anda perlu mendapatkan pinjaman bank. Sebaik pinjaman bank diluluskan, Perjanjian Jual Beli(SPA) boleh ditandatangani selepas membuat bayaran 10% daripada harga belian. |
6. | Apakah yuran-yuran yang terlibat dalam pembelian rumah ini? Anda dikehendaki menanggung yuran guaman. |
7. | Bolehkah saya melantik peguam saya sendiri? Boleh. |
8. | Bolehkah saya memilih unit sendiri? Tidak boleh. Semua unit rumah diperuntukkan melalui proses pengundian. |
9. | Bolehkah pemohon yang berjaya menukar nama kepada pasangan (suami/isteri), ibu bapa atau adik-beradik? Tertakluk kepada kelulusan Bahagian Perumahan, pemohon yang berjaya dibenarkan membuat permintaan menukar nama kepada pasangan (suami/isteri sahaja) atau ibu bapa. Penukaran nama kepada adik-beradik tidak dibenarkan. |
10. | Bolehkah unit saya dijual? Tertakluk kepada kelulusan Bahagian Perumahan, rumah Kos Sederhana Rendah boleh dijual selepas 10 tahun manakala rumah Kos Sederhana boleh dijual 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA) ditandatangani. |
11. | Sekiranya saya membatalkan pembelian, adakah saya akan menerima pembayaran balik?
Tiada pembayaran balik akan dikeluarkan untuk 10% dari harga belian sekiranya pembelian dibatalkan. |
12. | Berikutan pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) perlukah saya mendapatkan persetujuan/kelulusan dari pihak pemaju untuk membuat kerja ubah suai?
Perlu. Anda dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada pihak pemaju dan deposit ubah suai perlu dibayar (jumlah akan ditentukan) sebelum sebarang kerja ubah suai boleh dilakukan. |
13. | Apakah Tempoh Liabiliti Kecacatan untuk projek ini? 24 bulan selepas Pemilikan Kosong (VP). |
14. | Apakah yang akan berlaku sekiranya pemaju lewat menyerahkan kunci? Anda akan dibayar ganti rugi sewajarnya seperti yang ditetapkan dalam fasal 25 (2) Perjanjian Jual Beli. |
15. | Sekiranya terdapat faedah dikenakan, apakah yang akan berlaku jika saya tidak membuat bayaran? Kunci tidak akan diserahkan sehingga bayaran penuh dibuat. |
16. | Bilakah tarikh projek ini dijangka siap? 36 bulan selepas Perjanjian Jual Beli ditandatangani. |